UPM AGIH ZAKAT SEBANYAK RM2.48 JUTA KEPADA ASNAF WARGA UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » UPM AGIH ZAKAT SEBANYAK RM2.48 JUTA KEPADA ASNAF WARGA UPM

UPM AGIH ZAKAT SEBANYAK RM2.48 JUTA KEPADA ASNAF WARGA UPM

UPM SERDANG, 23 NOV - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) telah mengagihkan sebanyak RM2,485,206.52 dalam bentuk bantuan zakat kepada warga UPM dalam kalangan asnaf.
 
 
WAZAN UPM yang dilantik sebagai penolong amil zakat Selangor menerima agihan zakat yang diperoleh dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk diagihkan kepada Lima (5) golongan asnaf yang layak.
 
Golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat ini dikategori kepada pelajar, staf dan juga program-program pembangunan yang dianjurkan oleh para pelajar dan staf.
 
Dari jumlah itu, sebanyak RM923,083.31 kepada golongan fakir, miskin RM672,964.64, muallaf RM8,300.00, fisabilillah RM 853,191.07, dan ibnu sabil RM 27,667.50.

Tarikh Input: 23/11/2022 | Kemaskini: 28/12/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdIAV~