TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT 2022 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT 2022

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT 2022

Assalamualaikum wbt,
 
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
 
Saya mewakili pihak Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pembayar-pembayar zakat yang telah menunaikan kewajiban berzakat sepanjang tahun 2022 di WAZAN UPM.
 
50% daripada zakat yang YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan sumbangkan, akan diagihkan kepada asnaf dalam kalangan pelajar UPM dan asnaf warga UPM dengan pelbagai program bantuan dan Fisabilillah.
 
Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan, seramai 2000 pelajar asnaf baharu serta 200 staf B40 telah dan sedang dikenalpasti untuk dibantu bagi tahun 2023 ini.
 
Semoga mereka menjadi asbab YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan ke Syurga.
 
Amin Ya Rabbal Alamin.
 
Yang menjalankan amanah,
 
Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang
Pengarah
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 03/01/2023 | Kemaskini: 03/01/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdDAf~