SESI JEYARAWARA PENDAFTAR KE WAZAN-PIU | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » SESI JEYARAWARA PENDAFTAR KE WAZAN-PIU

SESI JEYARAWARA PENDAFTAR KE WAZAN-PIU

Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
 
UPM SERDANG, 1 Ogos - Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan sesi jeyarawara (roadshow) ke Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM dan Pusat Islam Universiti (PIU) pada semalam.
 
En. Muhazam (tengah) bersama-sama Pengarah Pusat Islam Universiti, Ust. Zuhaimi Abd Rahim dan wakil Pengarah WAZAN, Ust. Haris Dahlan.
 
Sesi kunjungan delegasi pejabat Pendaftar ini adalah bertujuan untuk memberikan makluman berkaitan hal-hal pengurusan sumber manusia serta pengoperasian setiap PTJ agar ianya selaras dengan UPM sebagai universiti berkebajikan kepada pada staf.
 
Kunjungan tersebut dijalankan di Dewan Al-Khawarizmi, PIU jam 3.00 - 4.30 petang yang dihadiri oleh Pengarah PIU, Ust. Zuhaimi Abdul Rahim dan wakil Pengarah WAZAN, Ust. Haris Dahlan.
 
Penyerahan cenderahati kepada Pendaftar UPM oleh Ust. Haris Dahlan.
 
Menurut En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM, pihak Pendaftar sedang berusaha sedaya upaya untuk menggantikan staf-staf yang sudah berpencen ataupun yang telah meninggal dunia yang berusaha mendapatkan waran bagi mengisi kekosongan yang ada.
 
Disamping itu juga, isu-isu berkaitan kenaikan pangkat dan kuarters juga pihak Pendaftar akan cuba selesaikan secepat mungkin.
 
 
Turut hadir dalam sesi jerayawara ini ialah En. Abd. Rahim Utar, Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, En. Azizi Ismail, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan En. Fairulnizam Ismail, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan dari Pejabat Pendaftar serta pegawai-pegawai dan staf dari WAZAN dan PIU.

Tarikh Input: 02/08/2022 | Kemaskini: 02/08/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdNAb~