PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR TERIMA TAJAAN PENYUMBANG DALAMAN DAN LUAR UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR TERIMA TAJAAN PENYUMBANG DALAMAN DAN LUAR UPM

PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR TERIMA TAJAAN PENYUMBANG DALAMAN DAN LUAR UPM

PROGRAM JANGAN SKIP SAHUR TERIMA TAJAAN PENYUMBANG DALAMAN DAN LUAR UPM
 
 
UPM Serdang – Pusat Pengurusan Wakaf Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Jangan Skip Sahur pada bulan Ramadan yang lalu melibatkan 10 buah kolej kediaman termasuklah Kolej Sri Rajang di UPM Kampus Bintulu.
 
Pihak WAZAN UPM telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM18,000 yang disumbangkan oleh prang ramai termasuklah staf UPM dan Maza Group selaku penyumbang tunggal daripada rakan strategik WAZAN UPM.
 
Program yang dianjurkan pada 10-14 April 2023 bersamaan 19-23 Ramadan 1444H ini telah berjaya diagihkan kepada sekitar satu ribu orang pelajar bertujuan adalah untuk menggalakkan para pelajar kolej-kolej kediaman untuk bersahur agar memberikan tenaga ketika berpuasa disamping memperoleh keberkatan di dalam bulan ramadan.
 
Menurut Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, ”pihak WAZAN UPM mengadakan inisiatif seperti ini untuk memberikan para pelajar mengambil sahur dan memperoleh keberkatan daripadanya”, katanya ketika ditanya mengenai penganjuran program lima hari ini.
 
 
Menurut Dr. Mohd Daud lagi, ”program seumpama ini untuk menggalakkan umat islam untuk memberikan sumbangan sedekah kepada para pelajar yang diuruskan oleh pihak WAZAN kerana orang ramai berlumba-lumba untuk membuat amal kebaikan di bulan Ramadan”, ulasnya.

Tarikh Input: 30/04/2023 | Kemaskini: 05/05/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdMAb~