PROGRAM FREEMEAL WAZAN CAKNA PELAJAR UPM MELABUHKAN TIRAI | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » PROGRAM FREEMEAL WAZAN CAKNA PELAJAR UPM MELABUHKAN TIRAI

PROGRAM FREEMEAL WAZAN CAKNA PELAJAR UPM MELABUHKAN TIRAI

PROGRAM FREEMEAL WAZAN CAKNA PELAJAR UPM MELABUHKAN TIRAI

 

UPM Serdang, 13 Dis - Setelah sepuluh hari program Freemeal WAZAN Cakna kepada pelajar UPM dijalankan sejak 25 Nov 2023 yang lalu kini melabuhkan tirainya.

Program yang ditaja oleh Tabung Haji ini menyediakan lebih daripada 3,000 pek makanan tengah hari kepada pelajar di sekitar fakulti-fakulti dan kolej-kolej kediaman.

Penganjuran program ini adalah bersempena Bulan Zakat Wakaf UPM 2023 yang bertujuan untuk memberikan makanan percuma kepada pelajar berikutan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga makanan yang membebankan para pelajar.

Program Freemeal WAZAN Cakna Pelajar UPM ini juga salah satu usaha menjalankan amanah yang diberikan oleh rakan-rakan strategik WAZAN untuk terus memberikan sumbangan kepada UPM.

#wazandihati

Tarikh Input: 14/12/2023 | Kemaskini: 05/01/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdEAA~