PELAJAR ASNAF DAN MUALLAF UPM TERIMA TAJAAN WAZAN KE ”HALAL FOOD AND MOSQUE ACTIVITIES” 2023 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » PELAJAR ASNAF DAN MUALLAF UPM TERIMA TAJAAN WAZAN KE ”HALAL FOOD AND MOSQUE ACTIVITIES” 2023

PELAJAR ASNAF DAN MUALLAF UPM TERIMA TAJAAN WAZAN KE ”HALAL FOOD AND MOSQUE ACTIVITIES” 2023

PELAJAR ASNAF DAN MUALLAF UPM TERIMA TAJAAN WAZAN KE ”HALAL FOOD AND MOSQUE ACTIVITIES” 2023
 
Oleh: Mohd Rizal Helmi A Razak
 
UPM SERDANG, 14 OKT – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Tabung Amanah Zakat UPM memberikan sumbangan berbentuk tajaan aktiviti dan sumbangan kepada pelajar asnaf dan pelajar muallaf UPM.
 
Sumbangan ini telah diberikan di dalam satu program “Halal Food and Mosque Activities” 2023 yang telah dianjurkan di Dewan Al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti (PIU) UPM 14 Oktober 2023 yang lalu.
 
Program ini dianjurkan oleh Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), dengan kerjasama Persatuan Pelajar SPE (SBESA), Persatuan Cina Muslim Malaysia, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM dan Pusat Islam Universiti (PIUPM) sebagai salah satu usaha memberi peluang kepada pelajar bukan Islam, yang Muallaf dan yang Islam, untuk memahami Islam melalui ziarah masjid, konsep makanan halal, konsep hijab.
 
Disamping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep makanan halal dan merasa makanan dari pelbagai budaya & etnik di Malaysia disamping Melaksanakan aktiviti riadah secara santai bagi mengeratkan silaturrahim antara peserta.
 
Seramai 34 orang peserta dalam kalangan pelajar antarabangsa, pelajar asnaf dan muallaf terlibat di dalam program ini.
 

Tarikh Input: 20/10/2023 | Kemaskini: 17/01/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdFAy~