NAIB CANSELOR UPM ZIARAH PELAJAR MANGSA KEBAKARAN | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » NAIB CANSELOR UPM ZIARAH PELAJAR MANGSA KEBAKARAN

NAIB CANSELOR UPM ZIARAH PELAJAR MANGSA KEBAKARAN

Petaling, 18 Nov - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah menziarahi pelajar Bacelor Biologi Sel dan Molekul, Norazam Syafiq Shari di kediamannya, semalam.
 
 
 
Kunjungan ini adalah untuk melihat keadaan semasa Norazam yang terlibat dalam kemalangan di tempat beliau menjalani latihan industri pada Mei lalu.
 
Pada kesempatan ini, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan dari UPM kepada beliau dan berharap agar Norazam Syafiq segera pulih.
 
 
Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dan Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM.
 
 
Terdahulu, pihak WAZAN UPM telah memberikan bantuan perubatan dan bantuan kecemasan kepada Norazam tiga bulan lalu. - WAZAN UPM
 
📸 PSPK, UPM

Tarikh Input: 20/11/2023 | Kemaskini: 05/01/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdGAd~