NAIB CANSELOR BERI SUMBANGAN KEPADA PELAJAR UPM TERBABIT KEMALANGAN
KUALA KUBU BARU, 14 Ogos - Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyampaikan sumbangan bencana kepada Saudari Nur Miza Adnin bt Abdul Halim, pelajar tahun 4 Fakulti Pengajian Pendidikan yang terbabit kemalangan Jumaat minggu lalu.
Nur Miza yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tulang rusuk kini berada di rumahnya di Felda Sedangsa, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Turut hadir dalam penyampaian sumbangan kepada Nur Miza ialah Pengarah WAZAN UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Daud Awang, Ketua Seksyen Dakwah dan Pemasaran WAZAN UPM, En. Mohd Rizal Helmi A Razak serta felo-felo dan Majlis Perwakilan kolej kediaman.
Nur Miza dijangka akan dibawa ke Hospital Pengajar UPM bagi mendapatkan rawatan susulan.
Tarikh Input: 15/08/2022 |
Kemaskini: 14/10/2022 | rizal_helmi
PERKONGSIAN MEDIA