JOM BUAT PECUTAN TERAKHIR PEMBAYARAN ZAKAT DI KAUNTER WAZAN 2023 | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » JOM BUAT PECUTAN TERAKHIR PEMBAYARAN ZAKAT DI KAUNTER WAZAN 2023

JOM BUAT PECUTAN TERAKHIR PEMBAYARAN ZAKAT DI KAUNTER WAZAN 2023

Berita Baik!! JOMMM!! tunaikan zakat di WAZAN sebelum 31 Disember untuk menyempurnakan kewajipan kita dan melayakkan kita mendapat REBAT CUKAI bagi tahun 2023.
 
Pada Penghujung Bulan Disember Ini Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) membuka Kaunter WAZAN selama 7 hari seminggu bagi membolehkan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan menunaikan zakat sebelum tamat haul zakat 31 Disember 2023 bagi melayakkan untuk mendapat rebat cukai pada tahun ini.
 
WAZAN UPM selaku Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima sebanyak 50% dari hasil kutipan dan akan diagihkan kepada asnaf dikalangan pelajar dan kakitangan warga UPM yang layak. Sehingga November yang lalu sebanyak 2.9 Juta Ringgit telah diagihkan kepada pelajar-pelajar asnaf melalui pelbagai bentuk bantuan. Ianya termasuklah staf dan juga program-program.
 
Justeru, pihak WAZAN UPM ingin mengajak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menunaikan zakat di WAZAN UPM.
 
Nisab Zakat 2023 : RM 23,035.00
 
--
 
Bagaimana Membuat Bayaran Zakat?
 
Bayaran zakat boleh dibuat secara Tunai/Cek/Kad Kredit@Debit/perbankan atas talian di Kaunter WAZAN (bersebelahan Pusat Islam UPM).
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi & Whatsapp talian khidmat pelanggan WAZAN di 03-9769 8993/6158 (En. Aiman/En.Afiezee) atau layari http://www.wazan.upm.edu.my
 
Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada pembayar zakat seisi keluarga.
 
Sekian,
 
“Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka” Amin ya Rabb al-‘Alamin”.

Tarikh Input: 31/12/2023 | Kemaskini: 31/12/2023 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdIAT~