IBU SEBAK ANAK CEMERLANG TERIMA BANTUAN ZAKAT UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » IBU SEBAK ANAK CEMERLANG TERIMA BANTUAN ZAKAT UPM

IBU SEBAK ANAK CEMERLANG TERIMA BANTUAN ZAKAT UPM

IBU SEBAK ANAK CEMERLANG TERIMA BANTUAN ZAKAT UPM
 
 
SERI KEMBANGAN, OGOS 2023 - Ibu mana yang tidak sebak melihat anaknya peroleh kejayaan miskipun dibebani dengan ujian kehidupan.
 
Puan Zunaini Abdullah ibu kepada pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan, Anis Nur Syafiqah Nik Yusup menitiskan air mata sewaktu pegawai WAZAN UPM yang mengunjungi kediaman mereka di Taman Equine di sini Isnin lalu. 
 
Saudari Anis, 21, yang tinggal bersama-sama ibu dan bapa di flat Jalan Putra Permai merupakan keluarga yang tidak berkempuan dan telah menerima bantuan yuran pengajian daripada Lemabaga Zakat Selangor dan bantuan sara diri daripada WAZAN UPM melalui dana zakat.
 
Sungguhpun datang dari adik beradik seramai 7 orang, keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Anis adalah cemerlang, hal ini membuatkan ibu Anis sebak.
 
WAZAN UPM telah menyampaikan sumbangan wang sara diri khas dan pek barangan keperluan asas kepada Anis sekeluarga dalam Program Ziarah Mahabbah WAZAN UPM 2023 yang diadakan sepanjang bulan Ogos 2023. Program ini memberikan sumbangan kepada 150 pelajar asnaf UPM di seluruh negara.

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 26/01/2024 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdFAc~