DUA PULUH PENERIMA CABUTAN BARAKAH MENANGI GOLD BAR UPM | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» BERITA » DUA PULUH PENERIMA CABUTAN BARAKAH MENANGI GOLD BAR UPM

DUA PULUH PENERIMA CABUTAN BARAKAH MENANGI GOLD BAR UPM

DUA PULUH PENERIMA CABUTAN BARAKAH MENANGI GOLD BAR UPM
 
Oleh: Mohd Rizal Helmi bin A Razak
 
UPM Serdang, 2 Ogos - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM menjalankan aktiviti Cabutan Barakah 2021 pada bulan Zakat dan Wakaf Al Falah 2021 yang lalu.
 
Cabutan ini bertujuan untuk menggalakkan warga UPM dan masyarakat luar untuk menunaikan zakat dan berwakaf di WAZAN pada bulan Disember pada setiap tahun.
 
Terdapat lebih daripada 3000 penyertaan yang telah dipilih untuk menyertai cabutan barakah ini dan hanya 20 pemenang terpilih memenangi cabutan ini.
 
 
Pihak WAZAN UPM juga telah menjalankan aktiviti mencabut 20 cabutan bagi memilih pemenang yang memenangi Gold Bar Edisi 50 Tahun UPM. Naib Canselor UPM, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni antara mereka yang membuat cabutan barakah ini.
 
Sesi penyerahan cabutan barakah ini telah dilaksanakan pada sesi Forum Maal Hijrah yang berlangsung di Masjid UPM pada 1 Ogos 2022 yang lalu.
 
Pihak WAZAN UPM mengucapkan tahniah kepada semua penerima Gold Bar Edisi 50 Tahun UPM. 

Tarikh Input: 03/08/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEdNAE~