Tafsiran Dan Status Asnaf Fisabilillah Dalam Pengagihan Zakat | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » Tafsiran dan Status Asnaf Fisabilillah dalam Pengagihan Zakat

Tafsiran dan Status Asnaf Fisabilillah dalam Pengagihan Zakat

Tafsiran dan Status Asnaf Fisabilillah dalam Pengagihan Zakat
 
Zakat antara isu sering menjadi perhatian ramai. Masyarakat konvensional sering mempersoalkan mengenai agihan zakat kepada asnaf. Dengan itu, terdapat segelintir masyarakat yang tidak puas hati terhadap agihan zakat yang dibuat oleh institusi zakat. Justeru itu, artikel ini membincangkan tentang tafsiran dan status asnaf fisabilillah dalam penerimaan dana zakat. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada aplikasi dan kesesuaian pengagihan dana zakat serta penentuan asnaf fisabilillah mengikut keperluan semasa serta menepati syariatNya. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data secara dokumentasi dan kajian perpustakaan. Dalam menganalisis, kajian ini menggunakan kaedah pendekatan deskriptif. Data yang telah dikumpul kemudiannya dianalisis dan diperjelaskan. Selain itu, pendekatan deskritif juga untuk melihat amalan pengagihan zakat kepada asnaf fisabilillah di Malaysia. Hasil kajian mendapati, dari sudut penerimaan fisabilillah sebagai asnaf zakat, ia telah disepakati semua ulama tetapi dari sudut tafsiran ulama dahulu dan kontemporari mereka berbeza pendapat. Penentuan sesuatu asnaf itu bergantung kepada tafsiran yang dibuat. Diharapkan kajian dapat memberi manfaat kepada pihak Majlis Agama Islam setiap negeri dan masyarakat Islam.
 
 
Rujukan:
 
Solehah, Rabi & Ilyana, Nurul & Muhd Adnan, Nurul Ilyana. (2018). Tafsiran dan Status Asnaf Fisabilillah dalam Pengagihan Zakat Interpretation and Status of Fisabilillah Asnaf in the Distribution of Zakahmy (Nurul Ilyana Muhd Adnan). 24-34. 

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 28/02/2022 | rizal_helmi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEcCAi~