BULAN RAMADAN, BULAN BERZAKAT | PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
» ARTIKEL » BULAN RAMADAN, BULAN BERZAKAT

BULAN RAMADAN, BULAN BERZAKAT

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh barakah dimana pada bulan ini Allah SWT memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadah. Pada bulan ini juga Allah akan melipatgandakan pahala bagi setiap umat yang melakukan amal kebaikan.
 
Banyak amal kebaikan yang boleh dilakukan di bulan ramadan, salah satunya adalah dengan berzakat.
 
Firman Allah S.W.T.
 
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”  (at-Taubah : 103 )
 
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”  (al-Baqarah : 274)
 
Huraian:
 
Kenapakah dan bagaimanakah zakat melahirkan keberkatan? Jawapan yang mudah ialah kerana ia adalah anugerah Allah. Apabila Allah S.W.T. mengarahkan sesuatu syariat dilaksanakan, semestinya di sana wujud pelbagai hikmah dan kebaikan. Di antara hikmah disyariatkan zakat ialah untuk memperoleh kehidupan yang adil dan saksama.
 
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Dengan berzakat di bulan ramadan, seorang muslim sudah dapat membantu kesusahan saudaranya.
 
Berkat itu hakikatnya adalah subjektif. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun dapat dirasai oleh mereka yang dipilih-Nya. Sebagai contoh, rumah tangga yang dibina aman damai, isteri menghormati suami, anak-anak mematuhi ibu ayah disamping rezeki yang diberi oleh Allah sentiasa mencukupi, maka itulah petanda keberkatan.
 
“Sempurnakan Ramadan Dengan Berzakat”
 
==
 
Nisab Semasa : RM19,973.00
 
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) Universiti Putra Malaysia merupakan Penolong Amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor yang bertanggungjawab dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat di UPM.
 
Pada tahun 2021, sebanyak RM4.14 juta dana zakat telah diagihkan kepada asnaf di UPM melalui aktiviti bantuan dan program-program pembangunan asnaf khususnya para pelajar.
 
Oleh itu, WAZAN UPM mengajak anda untuk menunaikan zakat ke Lembaga Zakat Selangor melalui WAZAN UPM agar dapat membantu pelajar-pelajar asnaf UPM yang memerlukan.
 
  

Tarikh Input: 27/04/2022 | Kemaskini: 27/02/2023 | mazrol

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN ENDOWMEN (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603 9769 6155/6156
+603 9769 2048
SXEcIA5~