Allah SWT telah mensyariatkan zakat sebagai salah satu ibadah utama daripada lima Rukun Islam. Daripada Abdullah Ibn ‘Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
بÙÙ†ÙÙŠÙŽ الإÙسْلاَم٠عَلَى خَمْس٠شَهَادَة٠أَنْ لاَ Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‡ÙŽ Ø¥Ùلاَّ اللَّه٠وَأَنَّ Ù…ÙØَمَّدًا عَبْدÙه٠وَرَسÙولÙÙ‡Ù ÙˆÙŽØ¥Ùقَام٠الصَّلاَة٠وَإÙيتَاء٠الزَّكَاة٠وَØَجّ٠الْبَيْت٠وَصَوْم٠رَمَضَانَ
Maksudnya: Islam itu dibangunkan di atas lima perkara iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan bahawa Nabi Muhammad SAW itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Mekah dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Hadith riwayat Muslim (1/21)
Zakat merupakan satu ibadah yang istimewa dalam syariat Islam kerana ia memangkin pertumbuhan ekonomi dan menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik. Terdapat begitu banyak hikmah pensyariatan zakat. Antaranya ialah mengagihkan kekayaan daripada golongan yang kaya kepada golongan yang memerlukan bantuan supaya harta tidak kaku atau berlegar dalam kalangan golongan tertentu sahaja serta membersihkan harta bagi pembayar zakat. Firman Allah SWT:
كَيْ لَا ÙŠÙŽÙƒÙونَ دÙولَةً بَيْنَ الْأَغْنÙيَاء٠مÙنكÙمْ Ûš
Maksudnya: ..(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
Surah al-Hasyr: 7
Zakat pula hendaklah diberikan kepada asnaf yang berhak untuk menerimanya seperti firman Allah SWT dalam al-Quran al-Karim:
Ø¥Ùنَّمَا الصَّدَقَات٠لÙلْÙÙقَرَاء٠وَالْمَسَاكÙين٠وَالْعَامÙÙ„Ùينَ عَلَيْهَا وَالْمÙؤَلَّÙÙŽØ©Ù Ù‚ÙÙ„ÙوبÙÙ‡Ùمْ ÙˆÙŽÙÙÙŠ الرّÙقَاب٠وَالْغَارÙÙ…Ùينَ ÙˆÙŽÙÙÙŠ سَبÙيل٠اللَّه٠وَابْن٠السَّبÙيل٠ÙَرÙيضَةً مّÙÙ†ÙŽ اللَّه٠وَاللَّه٠عَلÙيمٌ ØÙŽÙƒÙيمٌ
Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah al-Taubah: 60
Hukum menunaikan zakat bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya adalah wajib secara nas dan ijma’ sepertimana yang termaktub dalam surat yang ditulis oleh Sayyidina Abu Bakar RA:
Ù‡ÙŽØ°ÙÙ‡Ù ÙَرÙيضَة٠الصَّدَقَة٠الَّتÙÙŠ Ùَرَضَ رَسÙول٠اللَّه٠صَلَّى الله٠عَلَيْه٠وَسَلَّمَ عَلَى المÙسْلÙÙ…Ùينَ
Maksudnya: Kefarduan sedekah (yakni zakat) ini ialah seperti mana yang difardukan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum Muslimin.
Hadith riwayat Bukhari : 1454
Para fuqaha’ bersepakat bahawa pemerintah mempunyai hak untuk mengutip dan mengagihkan zakat, serta pemerintah hendaklah mengurusnya secara sistematik dan tersusun. Ini supaya zakat tersebut dapat diuruskan dengan efisyen serta memastikan ia disalurkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan. (Rujuk Fiqh al-Zakat al-Qaradawi, 2/208)
Justeru, pemerintah wajib untuk melantik amil untuk memungut zakat. Rasulullah SAW dan para khalifah selepas Baginda telah menghantar wakil-wakil untuk memungut zakat. Ini kerana dalam kalangan masyarakat ada yang tidak mengetahui kewajiban untuk mengeluarkan zakat atau bakhil, maka wajib atas pemimpin untuk melantik wakil bagi memungutnya. (Rujuk Kitab Al-Majmu’ Syarh Muhazzab 6/168)
Mengikut undang-undang di Malaysia, kuasa memungut dan mengagihkan zakat diletakkan di bawah kuasa negeri. Tugas tersebut dijalankan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Justeru, tindakan mengagihkan sendiri zakat tanpa melalui wakil yang dilantik pemerintah adalah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 16 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) dan boleh dikenakan hukuman jika sabit kesalahan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-76 yang berlangsung pada tahun 2006 telah menetapkan bahawa mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui Baitulmal adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak. Walaubagaimanapun, perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang dalam perkara kebaikan seperti adalah berdosa. Ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk patuh dan taat kepada pemerintah (ulil amri) pada perkara kebaikan.
Kesimpulan
Berdasarkan hujah dan perbincangan di atas, kami berpandangan bahawa sebaiknya zakat tersebut diserahkan kepada pihak berwajib yang telah dilantik oleh pemerintah (ulil amri) seperti di Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri atau pihak-pihak yang dilantik oleh pemerintah. Ini kerana mentaati pemerintah (ulil amri) dalam perkara kebaikan merupakan kewajipan seorang muslim.
Manakala jika ingin memberikan bantuan persendirian kepada pihak yang memerlukan seperti sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan sebagainya, maka kami berpandangan perkara tersebut sangat dialu-alukan dihulurkan sebagai sedekah atau sumbangan peribadi, dan bukan zakat.
Semoga Allah SWT sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk terus melaksanakan amal soleh dan ketaatan kepada-Nya. Amin.
RUJUKAN:
Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 27/02/2023 | mazrol
PERKONGSIAN MEDIA