WAZAN SANTUNI ASNAF UPM | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » WAZAN SANTUNI ASNAF UPM

WAZAN SANTUNI ASNAF UPM

WAZAN SANTUNI ASNAF UPM

Sejarah awal islam telah menunjukkan bahawa wakaf  juga zakat membuktikan suatu ibadah mengenai kekayaan umat islam yang merangkumi pelbagai aspek termasuk sosial, ekonomi, pendidikan, akidah sebagainya.

Rasulullah dan para sahabat selalu berlumba-lumba dalam berwakaf. Mengapa? Karena wakaf memiliki keistimewaan dibanding sedekah dan hibah kerana terus-menerusnya pahala yang akan mengalir. Ini adalah tujuan wakaf dilihat dari sisi wakif (yang mewakafkan). Seperti dalam hadis:

Bermaksud : Tidak akan berpindah, dua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi Robbnya, sampai dia ditanya tetang 4 perkara, diamana dia dapatkan hartanya dan dimana dia habiskan. (Hadits Shohih riwayat Tirmidzi dari Abi Barzah, lihat Shohih Jami’ Ash Shoghiir no.7300).

Disamping itu, zakat sesuatu ibadah yang menyucikan jiwa dan harta. Seperti firman Allah Surah At-Taubah ayat 103:

Maksudnya : “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka.”

Jadi bagi menyucikan harta yang ingin dizakatkan itu hendaklah dari harta yang halal, jangan pula harta yang haram kita menyucikan dengan cara berzakat supaya ia suci, itu adalah konsep yang salah dan dilarangkan dalam islam. Zakat juga mendidik mereka berkekikiran dan cinta berlebihan lebihan pada harta benda. Seperti dalam firman Allah:

Maksudnya:”Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”.(surah Al-Hajj).

Antara institusi wakaf pendidikan di beberapa negara Islam yang berjaya dan terkenal adalah Universiti al-Azhar, Mesir, Madrasah Nizamiyyah, Iraq; Madrasah Al-Junied, Singapura, Yayasan Darunnajah dan Universiti Islam Indonesia, Indonesia.

Bergerak ke arah itu, institusi pengajian tinggi di Malaysia perlu belajar daripada institusi yang sudah berada di hadapan. Beberapa institusi yang telah menyediakan perkhidmatan dalam pengurusan zakat dan wakaf seperti Universiti Putra Malaysia(UPM) dengan penubuhan WAZAN.

WAZAN menyediakan beberapa bantuan sumbangan umum antaranya freeshop iaitu  pakaian-pakaian terpakai bagi yang memerlukan dan bantuan dari segi barangan dapur,beras,gula dan tepung untuk mereka dalam kesempitan wang.

Didalam satu aspek bantuan individu seperti pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian atau asrama kami akan sedaya upaya membantu dan melihat dari segi gaji keluarga juga kelayakan seseorang. Diceritakan pengarah WAZAN Dr Razali seorang pelajar UPM oku bernama suhazli yang dikatakan memintakan beberapa permohonan bantuan pendidikan tetapi tidak diluluskan dan beliau datang ke WAZAN untuk cuba mendapat pembiayaan pendidikan alhamdulillah pihak WAZAN berjaya membantu dan kini suhazli dapat meneruskan pengajian master dengan baik.

Apabila seseorang yang ikhlas membantu mereka yang kesusahan ini sebenarnya ingin melihat  kegembiraan dan senyuman mereka, itu menunjukkan kita berjaya keluarkan mereka dari kesempitan kekurangan yang mereka lalui setiap hari. Islam tidak mengataka kekayaan harta tanpa memberi akan berkembang tetapi islam mengatakan kekayaan harta akan berkembang apabila kita banyak memberi.

Updated:: 02/06/2017 [muhammad.isam]

MEDIA SHARING

SEE ALSO
CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1510972946