Naib Canselor UPM Terima Anugerah Darjah Kebesaran Kelantan Dato’ Paduka | CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
» ARTICLE » Naib Canselor UPM terima anugerah darjah Kebesaran Kelantan Dato’ Paduka

Naib Canselor UPM terima anugerah darjah Kebesaran Kelantan Dato’ Paduka

By WAZAN Online

 

 

Seluruh warga WAZAN merakamkan setingi-tinggi ucapan tahniah atas penganugerahan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan kepada YBhg. Prof. Dato’ Paduka Dr. Aini Ideris.

 

KOTA BHARU, 12 Nov - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM),  Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris menerima Anugerah Kehormatan Negeri Kelantan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K) sempena Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Tahun 2017.

Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini hari ini, Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Prof. Dato’ Paduka Dr. Aini Ideris.

Senarai 624 penerima dikurniakan darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai bersempena ulang tahun ke-48 Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Updated:: 21/11/2017 [nuruliman]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR MANAGEMENT OF WAQF, ZAKAT AND ENDOWMENT (WAZAN)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
89468993 | 89466156
03-89472048
C1513311586